UtamaPerkhidmatanBlogTentangHubungi📞 013-921 4322
Utama / Perkhidmatan / Meter Baru

Permohonan Meter TNB Baru

Untuk rumah atau premis baru siap. Wajib melalui kontraktor berdaftar — termasuk cas sambungan, deposit dan stamp.

Permohonan meter baru adalah untuk rumah atau premis yang baru siap dibina dan belum pernah mempunyai meter TNB. Permohonan jenis ini wajib melalui kontraktor elektrik berdaftar kerana melibatkan pendawaian, cas sambungan dan pemeriksaan TNB.

Siapa yang perlukan permohonan ini?

  • Rumah baru siap dibina
  • Kedai atau premis komersial baru
  • Kilang, gudang atau bengkel baru
  • Rumah lama yang tidak pernah ada bekalan elektrik

Langkah permohonan

  1. Hubungi & semakan. WhatsApp kami untuk semakan tapak, jenis bekalan (1 fasa / 3 fasa) dan anggaran kos.
  2. Penyediaan dokumen. Kami bantu sediakan pendawaian, sijil pendawaian (Borang G/H) dan dokumen sokongan.
  3. Permohonan ke TNB. Kami hantar permohonan rasmi ke TNB bagi pihak anda dan pantau status.
  4. Lulus, bayar & pasang. Selepas lulus, anda bayar cas sambungan, deposit & stamp — kemudian meter dipasang.
Lulus dulu, baru bayar

Kos meter baru melibatkan cas sambungan TNB, deposit, duti setem dan cas kontraktor. Jumlah bergantung pada jenis bekalan dan lokasi. WhatsApp kami untuk sebut harga tepat.

Syarat mohon meter

  1. Rumah/premis perlu siap atau 90% siap dan selamat. Jika untuk kegunaan pembinaan, perlu buat permohonan meter sementara.
  2. Menepati spec piawaian pepasangan meter — siap wiring, DB dan papan meter mengikut spec yang ditetapkan oleh TNB.
  3. Tidak terlibat kawasan low voltage (kawasan yang TNB tidak dapat beri bekalan kerana supply tidak mencukupi).
  4. Memiliki kelulusan merancang / lesen majlis / cukai taksiran bagi permohonan komersil di sesetengah kawasan.

Harga & bayaran meter TNB (Permohonan Baru 2026)

Bagi permohonan baru, terdapat 2 pecahan harga yang perlu anda bayar: (1) bayaran kepada TNB — Deposit / wang cagaran, Caj Sambungan Pengguna (CSP) dan Stamp; dan (2) caj kontraktor yang menguruskan. Bayaran TNB boleh dibayar terus kepada TNB; caj kontraktor dibayar kepada kontraktor selepas lulus.

Caj Sambungan Pengguna (CSP)

  • Domestik / Rumah 1 Fasa — Baru: RM 450 (Overhead) / RM 1700 (Underground)
  • Domestik 3 Fasa — Baru & naik taraf: RM 750 (Overhead) / RM 1700 (Underground)
  • Komersil 1 Fasa — Baru: RM 450
  • Komersil 3 Fasa — Baru & naik taraf: RM 1700

Caj Sambungan Pengguna untuk underground adalah RM 1700, 1 phase dan 3 phase adalah sama. Caj Cagaran Deposit bergantung pada jenis rumah (meter 1 fasa atau 3 fasa) dan bagi premis perniagaan bergantung pada maximum demand. Deposit boleh dikembalikan jika pengguna tutup account. Duti setem RM 10.

Harga pemasangan meter TNB 1 phase Harga pemasangan meter TNB 3 phase

Caj kontraktor permohonan meter TNB

  • Satu fasa: RM 150 ke 300
  • Tiga fasa: RM 200 ke 400

Harga keseluruhan bergantung kepada jenis rumah, berapa fasa bekalan dikehendaki, serta kejauhan dan kesusahan permohonan.

Contoh: Rumah Kampung 1 Fasa

Deposit: RM 170 · Duty Stamp: RM 10 · CSP: RM 450 · Caj Pengurusan Kontraktor: RM 200 — Total: RM 830 sahaja.

Proses & tempoh pemasangan

Proses: Site Visit → Penyerahan Document → Submit → Lulus → Bayar → Pasang → SIAP. Permohonan EXPRESS (overhead 3 batang tiang ke bawah, bukan kawasan low voltage) tidak memerlukan tinjauan pegawai TNB — siap 1–14 hari. Permohonan ESTIMATED (tiang melebihi 4 batang atau underground) perlukan pegawai TNB ke site dahulu — sekitar 21 hari atau lebih. Setakat ini tiang adalah percuma mengikut keperluan kerana tiang adalah hak TNB.

Dokumen yang diperlukan

Atas nama INDIVIDU

  • Cadangan alamat, no. tel, email & location
  • IC pemohon (marking for TNB / kegunaan TNB)
  • Dokumen tanah / geran / carian rasmi / S&P / agreement / cukai — apa-apa bukti pemilikan
  • Bil api jiran terdekat

Atas nama SYARIKAT / Perniagaan

  • Cadangan alamat, no. tel, email & location
  • IC wakil (marking for TNB / kegunaan TNB)
  • Dokumen tanah / bukti pemilikan & bil api jiran terdekat
  • SSM dan Perakuan Pendaftaran (Borang D) & Carian Profil Bisnes terkini, atau Borang 9 / Borang 13 & Borang 49, atau sijil pendaftaran pertubuhan, koperasi atau firma guaman

Dokumen boleh diberikan dalam bentuk PDF atau gambar — asalkan jelas.

Document pemasangan meter TNB
Pengesahan kontraktor berdaftar

Untuk semak kontraktor elektrik berdaftar, layari carian rasmi: myaccount.mytnb.com.my/search/searchstcontractors

Bani Venture kontraktor TNB berdaftar

Soalan lazim

Berapa lama proses meter baru?

Kebiasaannya beberapa minggu, bergantung kepada kelulusan TNB dan kesiapan pendawaian premis.

Perlu siapkan pendawaian dulu?

Ya. Pendawaian dan sijil pendawaian perlu siap sebelum meter boleh dipasang.

Bekalan 1 fasa atau 3 fasa?

Rumah biasa cukup dengan 1 fasa. Jika beban tinggi (3+ penghawa dingin atau alatan berat), 3 fasa disarankan.

Tak pasti permohonan yang mana satu?

WhatsApp kami sekarang. Kami semak keadaan premis anda dan beritahu langkah seterusnya — percuma, tiada ikatan.